suria

Abang Kandung Dedah Paul Pogba Benci Kekalahan

Paul Pogba
PAUL Pogba sangat bencikan kekalahan dan ini diakui sendiri oleh abangnya, Florentin.

Tetapi Florentin, yang juga merupakan bintang bola sepak tidak bimbang apabila mereka buat pertama kali akan bertemu dalam kerjaya profesional, di mana  Manchester United bakal berdepan pasukannya, St Etienne di Old Trafford dalam saingan Liga Europa, Khamis.


Mereka telah bercakap di telefon mengenai perkara ini.

"Kami ketawa dan berkata 'harinya telah tiba, kita akan berdepan antara satu sama lain dalam stadium yang besar, bukan lagi di padang kecil di kawasan kejiranan kita'," katanya.

"Apabila kami bermain bersama ketika bercuti, kami sentiasa dalam pasukan yang sama. Sekarang saya akan menentangnya dan saya akan berwaspada dengannya. Ia akan jadi jengkel, tetapi itulah bola sepak," katanya.

"Ia adalah sesuatu yang menarik untuk seisi keluarga kerana saya tidak pasti jika ia akan berlaku lagi.

"Ibu bapa saya akan mempunyai perasaan bercampur-baur kerana walau apa pun yang berlaku, hanya akan ada satu pemenang dan salah seorang daripada kami akan kalah.

"Siapa yang saudara kembar saya Mathias akan sokong? Dia akan menyokong kami berdua. "

Florentin yang bermain sebagai penyerang berkata, Paul yang tiga tahun lebih muda daripadanya mampu menangani tekanan menjadi pemain bola sepak paling mahal di dunia, tetapi dia tidak dapat menerima kekalahan yang dialaminya.

Katanya: "Dari segi menjadi pemain paling mahal di dunia, saya fikir dia telah berjaya mengenepikannya, kerana ia lebih kepada isu media.

"Dia tidak membiarkan perkara ini mengganggu dirinya. Dia hanya bermain bola sepak, walaupun semua yang dilakukannya mendapat tiga atau empat kali lebih perhatian, baik atau buruk.

"Dia boleh menangani semua itu kerana kekuatan mentalnya sejak muda lagi.

"Dia tidak suka kalah dan akan marah. Dia mula tak keruan apabila kalah. Saya telah belajar daripada kekalahan dan memberitahunya bahawa kamu tidak kalah, tetapi telah belajar sesuatu. Tetapi bagi dirinya, apabila kalah, dia naik angin.

Saudara kembar Florentin, Mathias juga bermain bola sepak untuk Sparta Rotterdam.

Artikel Sebelum

Tan Cheng Hoe Resah

Artikel Berikut

Artikel Lain