suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Guardiola Harap Jesus Cepat Pulih

Gabriel Jesus mengalami kecederaan ketika bermain menentang AFC Bounemouth di Stadium Vitality, Selasa. -fotoREUTERS
PENGURUS Manchester City Pep Guardiola berharap pemainnya Gabriel Jesus yang mengalami kecederaan cepat pulih.

Ini kerana peranan penyerang dari Brazil itu amat diperlukan bagi memulihkan ketajaman The Citizens.

Jesus mengalami kecederaan buku lali selepas terjatuh dalam posisi tidak ideal ketika City berjaya mengalahkan AFC Bournemouth di Stadium Vitality, Selasa.


Jesus, yang mengalami kecederaan pada minit ke-15 perlawanan telah memaksa Guardiola kembali menurunkan Sergio Aguero sebagai tonggak utama.

Sedangkan, Guardiola sejak kebelakangan ini lebih percayakan Jesus berbanding Aguero.

Sejak bersama City pada musim sejuk, Jesus telah memperolehi tiga gol dalam empat penampilan pertamanya di Liga Perdana Inggeris.

Pencapaiannya telah mencuri hati Guardiola.

"Semoga proses pemulihannya tak mengambil masa yang lama. Kami harus menunggu keputusan pemeriksaan pasukan perubatan," kata Guardiola kepada BBC Sports.

Bagaimanapun, penampilan Aguero tetap mendapat pujian Guardiola.

Gabriel Jesus, Pep Guardiola, cedera

Artikel Sebelum

Artikel Lain