suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Federer Kembali Dalam Kelompok 10 Terbaik

ROGER Federer kembali menguasai kedudukan ke-10 ranking dunia selepas dinobatkan juara Terbuka Australia Ahad lalu.

Jaguh tenis veteran Switzerland itu berada di tangga ke-17 sebelum aksi pertama Grand Slam di Melbourne minggu lalu.

Pada usia 35 tahun, Federer berjaya membuktikan kehebatannya apabila menewaskan pesaing utama, Rafael Nadal di pentas akhir sekaligus merangkul gelaran Grand Slam ke-18 kariernya.

Kejohanan di Australia ini merupakan aksi Grand Slam pertamanya selepas Wimbledon tahun lalu berikutan berdepan dengan kecederaan sebelum ini.

Dalam pada itu, Serena Williams kembali merebut gelaran pemain No.1 dunia apabila menyingkirkan kakaknya pada aksi yang sama minggu lalu.

Kejayaan Serena itu merekodkan gelaran Grand Slam yang ke-23.

Serena yang menjadi pilihan kedua kejohanan memulakan musim 2017 dengan baik apabila merampas gelaran dunia itu daripada pemain Jerman, Angelique Kerber.

Dalam pada itu, bintang tenis Britain, Andy Murray masih menguasai kedudukan teratas dunia biarpun tewas awal kepada Mischa Zverev.

Manakala Novak Djokovic kekal di tempat kedua.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain