suria

PKNS FC Mahu Bangkit Lakar Keputusan Positif

PETALING JAYA: Pendatang baharu Liga Super, PKNS FC masih memburu mata pertama pada musim ini selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut, sekali gus meletakkan pasukan itu di zon penyingkiran.

Naib juara Liga Perdana musim 2016 itu tewas 1-3 kepada Kelantan pada aksi pembukaan sebelum kalah tipis 0-1 kepada Felda United seminggu kemudian.

Namun di sebalik kerisauan skuad Semut Merah itu susulan aksi permulaan yang kurang baik, ketua jurulatih  PKNS FC, E.Elavarasan masih yakin dengan barisan pemainnya untuk mencatat keputusan yang lebih positif.

"Kami perlu lebih bekerja kuat untuk mencari keputusan positif. Semua pemain tahu. Dan itu sahaja yang perlu di lakukan setakat ini.

"Tidak ada apa yang perlu dibimbangkan kerana kami masih dalam landasan yang baik," ujarnya ringkas kepada mStar Online.

Perlawanan ketiga PKNS FC bakal menyaksikan skuad kendalian Elavarasan berdepan tugas berat untuk melayan kunjungan naib juara Piala Malaysia, Selangor pada Sabtu ini.

Selangor setakat ini mengumpul empat masa hasil daripada dua perlawanan terdahulu.

Mengulas tentang persiapan menentang Selangor, Elavarasan berkata, tidak ada apa-apa strategi baharu yang diubah dalam skuadnya.

"Dua tiga orang pemain seperti Amirizdwan Taj, Affize Faisal dan Mohd Fauzan Dzulkifli masih cedera tetapi dijangka pulih secepat mungkin".

Musim ini menyaksikan PKNS FC membawa beberapa pemain senior kebangsaan termasuk Safee Sali, P.Gunalan serta S.Sivanesan bagi memantapkan lagi barisan skuad mengharungi liga utama negara ini.

PKNS FC, E.Elavarasan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain