suria

Man City Belasah West Ham 4-0

MANCHESTER City menghidupkan kembali peluang memburu gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila membelasah West Ham 4-0 di Stadium London, awal pagi Khamis.

City mula menunjukkan belang seawal minit ke-17 menerusi jaringan Kevin De Bruyne.

David Silva membantu City untuk terus berada di depan apabila merembat masuk hantaran Leroy Sane pada minit ke-21.

West Ham terus dihambat kekecewaan apabila pemain baharu City, Gabriel Jesus meledak gol pertamanya untuk kelab, enam minit sebelum tamat babak pertama.

Gol keempat City hadir menerusi sepakan penalti Yaya Toure pada minit ke-67.

City yang tewas dalam dua perlawanan di tempat lawan sebelum ini kekal di tangga kelima liga dengan mengutip 46 mata.

Anak buah Pep Guardiola itu berkongsi mata dengan Liverpool yang menduduki tangga keempat dan dibezakan dengan jumlah jaringan.

Mereka ketinggalan 10 mata daripada pendahulu liga, Chelsea yang mengutip 56 mata daripada 23 perlawanan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain