suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hull City Ikat United 0 - 0

HULL City berjaya keluar tangga tercorot selepas mengikat Manchester United 0-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, awal pagi Khamis.

Pasukan tuan rumah masih belum cukup panas dan tidak begitu memberi ancaman kepada Hull pada separuh masa pertama.

Paul Pogba nyaris membuka jaringan namun percubaannya berjaya dinafikan Eldin Jakupovic.

Wayne Rooney menggantikan Michael Carrick ketika Pengurus Jose Mourinho cuba menyuntik kreativiti di bahagian tengah tetapi United masih gagal melakukan keajaiban.

Juan Mata pula dibawa masuk ketika keinginan United untuk menang di gelanggang sendiri semakin membuak-buak.

Mata berpeluang menjaringkan gol tetapi Jakupovic pantas menafikan peluang tersebut.

Hull mempunyai beberapa peluang untuk menggegar gawang United ketika perlawanan hampir menutup tirainya.

Percubaan pertama menerusi Lazar Markovic terkena palang sebelum hantaran Abel Hernandez berjaya diselamatkan David de Gea.

Keputusan seri itu menyebabkan United ketinggalan empat mata di belakang empat pasukan teratas liga manakala Hull berjaya mengeluarkan diri dari tangga tercorot apabila berada di kedudukan ke-19.



Manchester United, Hull City

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Artikel Lain