suria

11 Pemain Hoki Wanita Kebangsaan Sertai Skuad Terengganu

KUALA TERENGGANU: Skuad hoki wanita Terengganu yang dibarisi 22 pemain optimis mampu meraih kejuaraan dalam saingan Liga Hoki Malaysia (TNB-MHL) yang bakal membuka tirainya Khamis ini.

Presiden Persatuan Hoki Terengganu, Datuk Wan Mohd Nizam Wan Abd Hamid berkata pihaknya yakin sasaran itu mampu dicapai selepas skuad berkenaan diperkuatkan dengan 11 pemain kebangsaan serta 11 pemain kelahiran negeri berkenaan musim ini.

"Kita yakin kehadiran bekas kapten kebangsaan Siti Noor Amarina Ruhani yang juga bakal menggalas tugas selaku ketua pasukan, mampu menyuntik semangat pemain lain dalam saingan itu nanti," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani kontrak kesemua 22 pemain skuad itu di sini Selasa.

Wan Mohd Nizam berkata kesemua pemain yang berusia antara 21 dan 34 itu menandatangani kontrak selama tiga bulan bermula Januari hingga Mac ini.

Beliau berharap pasukan yang ditubuhkan ini mampu meraih kejayaan dan mengikut jejak seperti skuad lelaki Terengganu yang muncul juara Liga Hoki Malaysia tiga kali berturut-turut. -BERNAMA

hoki wanita Terengganu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Iannone Terpantas Hari Kedua

Artikel Lain