suria

Hull City Ikat Ranocchia Dari Inter Milan

Andrea Ranocchia.

HULL City berjaya mendapatkan khidmat pemain Inter Milan, Andrea Ranocchia secara pinjaman pada Selasa.

Perjanjian itu dimuktamadkan sebelum pintu perpindahan ditutup lewat Selasa.

Ranocchia akan menyertai Hull sehingga hujung musim ini sekali gus menyaksikan penampilan pertamanya di pentas Liga Perdana Inggeris.

Pemain berusia 28 tahun itu menyertai Inter pada 2010.

Sejak menyertai Inter, Ranocchia pernah dipinjamkan ke Genoa dan juga Sampdoria.

Pemain pertahanan itu melakukan 150 penampilan bersama Inter dan mewakili skuad kebangsaan Itali dalam 20 perlawanan.

Hull dalam satu kenyataan pada Selasa berkata Ranocchia bersedia menjalani pemilihan skuad utama pasukan itu menjelang pertembungan dengan Manchester United, malam Rabu.

Hull kini berada di tangga ke-19 dengan mengutip 16 mata, menyertai Sunderland dan Crystal Palace yang menduduki zon penyingkiran.

Hull City, Andrea Ranocchia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain