suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gerrard Teruja, Gemuruh Mula Tugas Di Akademi Liverpool

BEKAS pemain tengah Liverpool, Steven Gerrard mengakui dia gemuruh untuk memulakan tugasnya sebagai jurulatih di akademi bola sepak pasukan itu.

Gerrard yang mengumumkan persaraannya dari arena bola sepak pada November lalu akan menggalas tugas baharu itu pada minggu depan.

Bekas pemain berusia 36 tahun itu pernah dikaitkan dengan perpindahan ke Liga Divisyen Satu, MK Dons untuk memulakan cabaran baharu di bahagian pengurusan.

Namun, Gerrard memilih untuk berkhidmat bersama bekas kelabnya di Anfield.

"Saya amat gembira tetapi pada masa sama sedikit gementar kerana tugas saya bertukar sepenuhnya.

"Saya akan cuba menyesuaikan diri dalam tempoh beberapa bulan akan datang. Ada keterujaan di situ tetapi kita tunggu dan lihat," katanya.

Sebelum ini, Gerrard meneruskan kursus lesen 'A' UEFA dengan bantuan kakitangan Liverpool.

Gerrard melakukan 710 penampilan bersama Liverpool dengan menjaringkan 186 gol dan memenangi trofi Liga Perdana Inggeris, Piala FA (dua kali), Piala Liga (tiga kali) dan Liga Juara-Juara pada 2005.

Liverpool, Steven Gerrard

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain