suria

Doping: Carter Diuji Positif, Bolt Hilang Satu Pingat Emas

Dari kiri: Michael Fraser, Usain Bolt, Nesta Carter dan Asafa Powell menunjukkan pingat emas acara 4x100 Sukan Olimpik 2008.

USAIN Bolt bukan lagi pemegang sembilan pingat emas Olimpik selepas Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengesahkan salah seorang rakan sepasukannya dalam acara berganti-ganti positif bahan terlarang.

Nesta Carter diuji positif bahan terlarang, 'methylhexaneamine' ketika aksi Sukan Olimpik di Beijing 2008 dalam acara 4x100 meter.

Jawatankuasa Disiplin, yang dibarisi Denis Oswald (pengerusi), Gunilla Lindberg dan Ugir Erdener mengesahkan Carter positif bahan terlarang sekaligus menyaksikan kemenangan pasukan Jamaica dibatalkan dan pingat emas ditarik balik.

Keputusan tersebut menyebabkan Bolt hilang satu daripada sembilan pingat emas keseluruhannya.

Sampel ujian doping Carter diuji oleh IOC tahun lalu bersama 453 yang lain.

Carter yang menjadi pelari pertama dalam kuartet 2008 itu turut beraksi pada tahun 2012, namun IOC tidak memberi sebarang kenyataan mengenai penyertaannya lima tahun lalu.

Bolt menambah pingat emas kesembilannya dalam acara 4x100 untuk tiga kali berturut pada aksi Olimpik tahun lalu.

Usain Bolt, hilang pingat emas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain