suria

Dimitrov Langkah Kanan, Atasi Goffin

Grigor Dimitrov.

GRIGOR Dimitrov mengatasi David Goffin 6-3 6-2 6-4 untuk menempah tiket ke separuh akhir Terbuka Australia buat pertama kalinya.

Dimitrov menguasai aksi pembukaan untuk menguasai dua set awal ketika Goffin bergelut untuk membalas pukulan servis.

"Pada set pertama ia amat mencemaskan. Saya fikir saya boleh bermain dengan baik tetapi saya tidak melakukan pukulan seperti yang saya mahukan.

"Dengan setiap perlawanan saya semakin yakin dan dapat menemui semula rentak permainan. Saya amat gembira," kata Dimitrov.

Dengan kemenangan itu, Dimitrov yang juga pemain pilihan ke-15 akan bertemu sama ada Rafael Nadal atau Milos Raonic untuk merebut slot ke final.



Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain