suria

Terbuka Australia: Nadal Mara Ke Pusingan Ketiga

PEMAIN pilihan kesembilan kejohanan, Rafael Nadal menundukkan pencabar dari Cyprus, Marcos Baghdatis 6-3 6-1 6-3 pada aksi pusingan kedua Terbuka Australia, malam Khamis.

Nadal tidak pernah memenangi kejuaraan Grand Slam sejak 2014 tetapi dia mula mempamerkan kebangkitan di gelanggang Rod Laver Arena.

Ketika ditanya jika dia kini berada pada tahap 100% selepas bergelut dengan kecederaan tahun lalu, Nadal berkata: "Saya di sini dan berasa gembira berada di sini. Tiada kecederaan buat masa sekarang.

"Saya bergelut dengan kecederaan dalam karier saya tetapi saya mempunyai banyak kejayaan dan pengalaman berharga di semua tempat yang pernah saya sertai, jadi saya tidak boleh mengeluh.

"Ia perlawanan yang amat menarik," kata Nadal.

Nadal mengambil masa selama dua jam dan 13 minit untuk menundukkan Baghdatis.

Pemain berusia 30 tahun itu akan bertemu pemain Jerman, Alexander Zverev pada pusingan ketiga.

Nadal yang juga bekas juara menyifatkan Zverev, 19, sebagai salah seorang pemain terhebat di dunia pada hari ini.

Zverev pernah menewaskan juara Grand Slam tiga kali, Stan Wawrinka di St Petersburg tahun lalu.



Terbuka Australia, Rafael Nadal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Copa Del Rey

Artikel Lain