suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Real Madrid Dimalukan Celta Vigo Di Kandang Sendiri

Pemain Celta Vigo memberikan tepukan kepada penyokongnya selepas menang ke atas Real Madrid dalam perlawanan pertama suku akhir Copa del Rey, awal pagi Khamis. -fotoAFP
REAL Madrid harus menelan kekalahan keduanya berturut-turut apabila terkini kalah 1- 2 kepada Celta Vigo dalam perlawanan pertama suku akhir  Copa del Rey di Santiago Bernabeu, awal pagi Khamis.

Gol Celta Vigo diperolehi menerusi Iago Aspas pada minit ke-64 dan Jonny, pada minit ke-70, manakala satu gol Real disumbat masuk oleh Marcelo pada minit ke-69.

Minggu lalu, Real selaku pemegang 11 gelaran juara Eropah  juga tumbang 1-2 saat bertandang ke markas Sevilla dalam saingan La Liga.

Keputusan ini menjadikan langkah Real untuk mara ke babak separuh akhir Copa del Rey menjadi sukar.

Untuk layak, Los Blancos perlu menang dengan perbezaan dua gol dalam pertandingan kedua yang akan berlangsung di markas Celta Vigo, Stadium Balaidos, 26 Januari ini.
Copa del Rey, suku akhir

Artikel Sebelum

Keputusan Piala FA Inggeris

Artikel Berikut

Artikel Lain