suria

Xabi Alonso Umum Bersara

XABI Alonso mengesahkan akan bersara sebaik sahaja kempen saingan liga musim ini berakhir.

Menurut laporan di Jerman, Alonso telah menyatakan niatnya untuk bersara pada Jun ini kepada ahli lembaga kelab Bayern Munich.

Walaupun berat untuk menerima keputusan Alonso, kelab gergasi itu menegaskan bahawa pintu sentiasa terbuka sekiranya ingin kembali bermain selepas bersara.

Pemain berusia 35 tahun ini memberitahu bahawa sudah tiba masanya untuk bersara selepas 18 tahun berkhidmat di padang.

Dia memulakan karier di tempat lahirnya, Real Sociedad sebelum berhijrah ke Liga Perdana Inggeris pada tahun 2004 bersama Liverpool yang sekaligus menjadi ayam tambatan bagi skuad The Reds.

Ketika berada kelab England, Alonso membantu Rafa Benitez menjuarai Liga Juara-Juara, Piala FA dan Piala Super.

Dengan pencapaian cemerlangnya di Anfiel, menyaksikan nilai perpindahan ke Real mencecah 30 juta pound (RM164 juta) pada tahun 2009.

Manakala ketika di Real, dia turut membantu kelab itu menjulang trofi Liga Juara-Juara pada musim terakhirnya di Santiago Bernabeu.

Pencapaian Alonso:

Liverpool (2004–2009)

Liga Juara-Juara: 2004–05

Piala Super: 2005

Piala FA 2005–06

Perisai Komuniti FA: 2006 

Real Madrid (2009–2014)


Liga Juara-Juara: 2013–14

La Liga: 2011–12

Copa del Rey: 2010–11, 2013–14

Piala Super Sepanyol: 2012

Bayern Munich (2014–)

Bundesliga: 2014–15, 2015–16

Piala Jerman: 2015–16

Piala Super Jerman: 2016

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain