suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Van Gaal Tak Jadi Bersara

BARU sehari mengumumkan persaraan dalam dunia bola sepak, Loius van Gaal membuat pusingan U apabila menarik semula keputusan tersebut pada Selasa.

Bekas pengurus Manchester United itu pada Isnin mengumumkan persaraan daripada pengurusan bola sepak pada Isnin atas faktor keluarga.

Namun pengurus berusia 65 tahun itu menukar fikiran dan hanya mengambil keputusan untuk berehat buat sementara.

"Saya tidak bersara.

"Saya hanya berehat selama setahun dan kemudian baru membuat keputusan.

"Segalanya bergantung kepada tawaran," kata van Gaal yang kini tidak mengemudi mana-mana pasukan.

Sebagai rekod, van Gaal sudah memimpin enam pasukan iaitu Ajax, Barcelona, AZ Alkmaar, Bayern Munich, Belanda dan Manchester United sejak menceburi dunia pengurusan pada 1991.

Loius van Gaal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain