suria

Man United Lantik Ketua Anti Keganasan

Gambar fail menunjukkan sekumpulan polis dan pengiring di luar stadium Manchester United di Old Trafford tahun lalu. Foto Reuters

MANCHESTER United melantik ketua anti-keganasan bagi mempertingkatkan keselamatan.

Jawatan itu merupakan yang pertama seumpamanya dalam Liga Perdana Inggeris.

Perlantikan berkenaan susulan Manchester United mengambil perhatian terhadap kubu kuat mereka berkemungkinan menjadi sasaran puak ekstremis.

Ketua anti-keganasan itu disandang oleh bekas inspektor dari unit pakar carian Polis Greater Manchester.

Beliau dilatih dalam pelbagai operasi polis, termasuk keganasan dan kepakaran melakukan carian membabitkan kenderaan dan bangunan.

Kakitangan di Old Trafford turut dilatih berdasarkan protokol dan garis panduan yang ditetapkan beliau bagi memastikan kelab itu benar-benar melaksanakan langkah pencegahan paling efektif. - Mail Online


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain