suria

Wei Feng Mara Pusingan Kelayakan Kedua

Wei Feng ketika menentang Sony Dwi Kuncoro pada pusingan kelayakan Victor Far East Malaysia Master di Stadium Tertutup Sibu, Selasa.fotoBERNAMA

SIBU: Pemain perseorangan lelaki dari Malaysia, Chong Wei Feng mara ke pusingan kelayakan kedua Kejohanan Badminton Victor Far East Malaysia Masters selepas menewaskan pemain Indonesia, Sony Dwi Kuncoro, Selasa.

Wei Feng, yang merupakan pemain bukan pilihan, tewas 12-21 kepada pemain pilihan ke-11 itu di set pertama, namun bangkit di set kedua dengan menampilkan permainan lebih kemas untuk mencatat kemenangan 21-6.

Kemenangan tersebut menyuntik semangat Wei Feng untuk terus mempamerkan aksi bertenaga di set penentuan dan hasilnya pemain dari Malaysia itu menang 21-9 ke atas pemain Indonesia berkenaan.

Seorang lagi wakil Malaysia, Zulfadli Zulkiffli yang diletakkan selaku pilihan ke-13, turut mara ke pusingan kelayakan kedua, Rabu, selepas menewaskan pemain India, Abhishek Yelegar 21-13, 21-14.

Kejohanan itu menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak US$120,000.

Tiada bayaran dikenakan untuk masuk menyaksikan kejohanan berkenaan di Stadium Tertutup Sibu. - BERNAMA

Chong Wei Feng

Artikel Sebelum

Keputusan Piala FA

Artikel Berikut

Artikel Lain