suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terbuka Australia: Williams Mudah Singkir Bencic

MISI awal Serena Williams bagi meraih gelaran Garan Slam yang ke-23 berjalan lancar apabila menang  6-4 6-3 ke atas Belinda Bencic pada pusingan pertama Terbuka Australia di Melbourne Park, Selasa.

Bintang Amerika Syarikat (AS)  berusia 35 tahun itu kembali mempamerkan aksi mantap selepas Terbuka AS Sepetember lalu dengan menyingkir pemain berbakat
Switzerland dalam tempoh 79 minit.

Biarpun turut diberi tentangan oleh Bencic ketika mata terikat 4-4 pada set pertama, pemain berpengalaman itu berjaya meraih tujuh mata berturut-turut sebelum meraih kemenangan.

Williams merupakan pemegang rekod juara kejohanan ini pada tahun  2001, 2003, 2009 dan 2010.

Dia bakal berdepan dengan pemain Republik Czech Lucie Safarova dalam pusingan kedua nanti.

Dalam pada itu, satu lagi perlawanan awal menyaksikan pemain Britain, Johanna Konta turut menyinkirkan Kirtsten Flipkins 7-5 6-2 bagi meneruskan aksi ke pusingan kedua.

Konta bakal bertemu pemain  muda Jepun berusia 19 tahun, Naomi Osaka pada saingan seterusnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain