suria

Melaka United Lancar Jersi, Perkenal Pemain Baharu Sabtu Ini

MELAKA: Melaka United (MU) bakal melancarkan jersi baharu skuad 'Sang Kancil menjelang sepak mula Liga Malaysia di Stadium Hang Tuah, Sabtu ini.

Pendatang baharu Liga Super itu yang telah diperkemaskan dengan beberapamuka baru terdiri daripada bintang bola sepak negara akan memulakan cabarannya menentang Kelantan dalam perlawana pertama musim ini.

Jersi baharu yang dinantikan penyokong MU akan dilancarkan oleh Ketua Menterinya Datuk Seri Idris Haron.

Berdasarkan khabar angin di media sosial penyokng MU, jersi baharu itu berkemungkinan menggunakan warna bendera negeri berkenaan selain warna rasmi hijau putih yang menjadi keramat skuad berkenaan.

Pada majlis itu akan diumumkan juga penaja rasmi jersi bagi tahun keempat berturut-turut dari Kronos.

Dengan pembaharuan jersi berkenaan, pemain diharapkan lebih yakin dan bersemangat untuk berjuang disamping mampu menjana pendapatan menerusi penjualan jersi MU yang bakal dikenali sebagai Melaka United Football Club (MUFC) menjelang tahun depan.

Selain pelancaran jersi, penyokong MU turut menantikan pengumuman barisan pemain skuad tersebut bgai musim 2017.

Pengumuman itu juga bakal mengakhiri nasib lima pemain yang didakwa terpaksa digugurkan kerana tidak mendapat keyakinan pihak pengurusan.

Hasil tinjauan mStar Online di beberapa laman sosial penyokong MU mendapati, mereka berharap 'Sang Kancil' mampu merebut slot lima pasukan terbaik Liga Super musim ini selain membawa pulang piala.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain