suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas Pengurus England Taylor Meninggal Dunia

Graham Taylor. Foto AFP

LONDON: Bekas pengurus England, Graham Taylor meninggal dunia pada umur 72 tahun dipercayai akibat serangan jantung.

Taylor menjadi pengurus England dari 1990 sehingga 1993.

Selain England, Taylor berjaya membawa kegemilangan kepada kelab Watford dan Aston Villa apabila menjadi pengurus kepada dua pasukan itu.

Beliau memulakan kerjaya di Grimsby Town (1962-1968) dan Lincoln City (1968-1972).

"Kami amat berdukacita mengumumkan Graham telah meninggal dunia di kediamannya pada awal pagi ini dipercayai akibat serangan jantung," menurut kenyataan yang dibacakan keluarga Taylor pada Khamis.

"Kami sekeluarga amat bersedih di atas pemergiannya secara tiba-tiba dan tidak dijangka ini." - AFP

Graham Taylor

Artikel Lain