suria

JDT Perkenal Jersi Baharu Khamis Ini

PETALING JAYA: Penyokong kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) kini boleh menempuh musim baharu Liga Malaysia dengan lebih bersemangat apabila rekaan jersi musim 2017 pasukan itu akan diperkenalkan kepada umum pada Khamis ini.

Menerusi pengumuman di laman Facebook Johor Southern Tigers, majlis memperkenalkan jersi baharu musim 2017 pasukan tersebut akan diadakan di Dataran Bandaraya Johor Bahru bermula pukul 5 petang Khamis.

Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan artis terkenal kelahiran Johor seperti Joe Flizzow, Statik Band dan Classmates selain penampilan istimewa Boys Of Straits.

Jersi baharu itu juga akan mula dijual di gerai Southern Tigers sebaik saja selesai acara pelancaran pada pukul 9 malam Khamis.

Sempena pelancaran itu, penyokong skuad Harimau Selatan turut dijemput bagi memeriahkan dan menyaksikan rekaan jersi terbaharu berkenaan.

Penyokong juga boleh menyaksikan majlis tersebut menerusi paparan skrin gergasi yang akan dipancarkan di dataran setiap daerah.

Sementara itu, pemegang pas bermusim Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin bagi musim 2017 turut dimaklumkan supaya mengambil pas tersebut pada 14 dan 15 Januari ini.

Kaunter khas untuk penyerahan pas tersebut akan dibuka di perkarangan stadium bermula pukul 10 pagi hingga 5 petang.


JDT, jersi 2017

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain