suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rexy Mainaky Bimbing Skuad Kebangsaan Thailand

BANGKOK:  Bekas jurulatih badminton Malaysia, Rexy Mainaky dilantik oleh Persatuan Badminton Thailand (BAT) sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaaan negara Gajah Putih itu.

Menurut BAT, Mainaky yang juga Jaguh Olimpik dan Dunia dilantik bagi merealisasikan impian Thailand untuk memenangi sebutir pingat Olimpik di dalam badminton. 

"Saya percaya dengan pengalaman beliau sebagai seorang pemain dan jurulatih, beliau akan mampu membantu kami memenangi sebutir pingat Olimpik," kata Presiden BAT, Patama Leeswadtrakul di sini pada Jumaat.

Warga Indonesia itu yang telah melatih pasukan England dan Filipina selain daripada Malaysia, telah menandatangani kontrak setahun bersama BAT dengan pilihan untuk memperbaharui kontraknya setiap tahun sehingga 2020.

Patama berkata walaupun Mainaky adalah pakar beregu, pengetahuan dan pengalamannya adalah penting dalam memenangi impian negara itu meraih pingat Olimpik pertamanya dalam sukan itu.

Pakar beregu itu melatih pasukan Malaysia dari 2005 sehingga 2012, sebelum berpindah ke Filipina.  -Bernama

Rexy Mainaky, Jurulatih Thailand

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain