suria

Rodriguez Dedah Mahu Kekal Di Real Madrid

JAMES Rodriguez menamatkan spekulasi akan berpindah ke Liga Perdana Inggeris (EPL) bulan ini selepas meledak dua gol pada aksi kemenangan Real Madrid 3-0 ke atas Sevilla pada aksi Copa del Rey awal pagi Khamis.

Bintang Colombia yang berusia 25 tahun  itu berdepan dengan situasi sukar musim ini, namun masih berbisa menjaringkan empat gol dan menjadi pembantu untuk lapan gol dalam tempoh 900 minit beraksi secara keseluruhannya.

Dia menggunakan peluang yang diberikan pada perlawanan pusingan pertama 16 pasukan saingan Copa del Rey sekaligus menjadikan Rodriguez mahu kekal bersama Real Madrid.

"Saya kekal di sini," jelasnya ringkas selepas perlawanan itu.

Sebelum ini Rodriquez merancang untuk berpindah ke kelab lain kerana jarang diberi peluang beraksi dalam senarai sebelas utama.

Dia dilaporkan akan menyertai sebuah EPL ketika jendela perpindahan pemain yang sedang dibuka sehingga 31 Januari ini.

Dalam pada itu, jurulatih kelab, Zinedine Zidane turut meraikan kemenangan ini.

"Kami teruja memulakan tahun baharu dengan mencatat kemenangan ke atas pasukan yang kuat. Pemain-pemain layak menerima pujian.

"Perasaan gembira pemain amat penting. Apa yang paling baik adalah kami sentiasa bersama dan cuba mencapai perkara yang sama," jelasnya.

James Rodriguez, Real Madrid

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain