suria

Cup Prix 2017 Pertimbang Tujuh Kategori Perlumbaan

SAINGAN perlumbaan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas dijangka bertambah menarik dengan kemungkinan pertambahan kepada tujuh kategori perlumbaan dalam kalendar musim 2017 yang akan bermula tidak lama lagi.

Perkara itu dinyatakan oleh promoter perlumbaan, Safe Aim Mutual Sdn Bhd serentak dengan pengumumkan jadual bagi 10 pusingan musim ke-24 yang akan bermula pada awal Mac dan berakhir pada November depan.

Pengarahnya, Ron Hogg berkata siri kejuaraan motosikal kebangsaan ketika ini mempunyai format enam kategori perlumbaan iaitu tiga kelas terbuka, satu kategori perlumbaan separa amatur dan dua kategori satu pengeluar sepanjang tiga musim lepas.

Jelas Hogg, pihaknya pertimbangan untuk menambah satu lagi kategori perlumbaan kelas 'rookie'  bagi musim 2017 dapat membuka lebih ruang untuk pelumba-pelumba muda berada di atas grid perlumbaan.




"Tahun lepas kami telah memanjangkan tempoh permohonan untuk perlumbaan kategori satu pengeluar memandangkan sambutan yang cukup menggalakkan dan kami menerima hampir seribu permohonan dari remaja-remaja yang berminat untuk menjadi pelumba.

"Namun, hanya sebahagian kecil daripada mereka ini yang berpeluang untuk menyertai perlumbaan peringkat pembangunan yang dikendalikan oleh pihak pengeluar Honda dan Yamaha ini. Kami akui terdapat permintaan dan keperluan bagi membolehkan lebih banyak pelumba-pelumba muda dapat menceburi bidang sukan permotoran ini," jelas Hogg dalam satu kenyataan media pada Khamis.


Kalendar 10 Pusingan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2017
:

Pusingan 1 - Temerloh, Pahang 4 & 5 Mac

Pusingan 2- MAEPS, Selangor 25 & 26 Mac

Pusingan 3 - Kelantan 14 & 15 April (Perlumbaan Sabtu)

Pusingan 4 - Melaka 13 & 14 Mei           

Pusingan 5 - Johor 15 & 16 Julai     

Pusingan 6- Teluk Intan, Perak 4 & 5 Ogos

Pusingan 7 - Kemaman, Terengganu 8 & 9 September (Perlumbaan Sabtu)

Pusingan 8- Kangar, Perlis 7 & 8 Oktober

Pusingan 9 -Jempol, N. Sembilan 4 & 5 November

Pusingan 10 -Batu Kawan, P. Pinang 18 & 19 November

Cub Prix, Musim 2017, Ron Hogg

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain