Zainal Abidin Tuntut Hak Dan Janji Pengurusan FAS - Sukan | mStar

Zainal Abidin Tuntut Hak Dan Janji Pengurusan FAS

Zainal Abidin menunjukkan salinan kenyataan mengenai pemecatannya di laman sosial Ogos lalu.

SHAH ALAM: Selepas hampir lima bulan dipecat sebagai ketua jurulatih pasukan Selangor musim lalu, Zainal Abidin Hassan tampil menuntut haknya berdasarkan kontrak serta janji pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) pada tahun lalu.

Pengendali kelahiran Selangor berusia 55 tahun itu akhirnya terpaksa bersuara selepas sekian lama menunggu surat pemecatannya yang sehingga kini masih belum diterima dan dianggap seperti 'gantung tidak bertali'.

Jelasnya, disebabkan situasi itu, dia tidak boleh bergerak bebas meneruskan kariernya sebagai jurulatih dan berbakti untuk bola sepak negara.

"Saya hanya mahu selesaikan masalah ini secara profesional. Saya terima keputusan pihak pengurusan FAS pada tahun lalu untuk memecat saya kerana dalam bola sepak perkara sebegini pasti berlaku.

"Saya tidak mahu salahkan mana-mana pihak. Apa yang saya inginkan adalah untuk meneruskan tugas saya. 

"Jika masalah ini tidak selesai, ia akan membunuh karier dan hidup saya.

"Dan bagi saya, ini hanyalah masalah kecil berbanding kemelut yang melanda FAS ketika ini. Jadi saya harap masalah ini dapat diselesaikan serta-merta," jelas bekas jurulatih Pahang itu pada sidang media yang diadakan di kediamannya pada Rabu.

Menurut Zainal Abidin, dia hanya mengetahui statusnya dipecat sehari selepas skuad kendaliannya tewas kepada Kedah 1-0 dalam aksi Liga Super pada 6 Ogos 2016.

"Saya dipanggil oleh penolong pengurus, Nor Hisham Ghouth dan beliau membaca SMS (khidmat pesanan ringkas) yang mengatakan saya dipecat serta-merta.

"Keesokannya (8 Ogos) saya bertemu dengan pengurus pasukan Aminuddin Shaari untuk menjelaskan hak saya sebagai jurulatih tetapi mereka menolak rayuan pemecatan saya.

"Selepas itu saya memohon mendapatkan surat rasmi pemecatan saya tetapi pemangku setiausaha agung menyatakan beliau tidak menerima arahan untuk berbuat demikian," jelasnya.

Menurut Zainal Abidin, selepas itu dia terus berjumpa dengan Aminuddin dua atau tiga kali dan diberitahu pihak pengurusan serta Presiden FAS ketika itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa mereka berjanji akan menyelesaikan masalah ini.

"Saya juga tidak menunggu lama, seminggu selepas dipecat, saya menghantar surat tuntutan pemecatan sebagai jurulatih kepada presiden dan salinannya kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) serta FAS dan pengurusan.

"Bersama surat itu turut dilampirkan keratan akhbar serta kenyataan di media sosial mengenai pemecatan saya. Itu sahaja bukti yang saya ada.

"Namun tiada maklum balas daripada mereka.

"Malah sehingga September lalu saya masih menerima gaji secara bulanan. Ini bermaksa saya masih seperti bekerja dengan mereka. Saya tidak pasti status sebenar saya bersama mereka selagi tidak mendapat surat rasmi pemecatan ini," jelasnya.

Zainal Abidin dilantik pada Disember 2015 bagi menggantikan Mehmet Durakovic dengan mengikat kontrak sehingga November 2017.

Zainal Abidin Hassan , FAS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Swansea Lantik Pengurus Baharu

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain