suria

Chelsea Dapat Keistimewaan Berehat Lama - Mourinho

BOS Manchester United, Jose Mourinho bersetuju dengan kritikan pengendali Arsenal, Arsene Wenger tentang kelebihan yang dimiliki Chelsea untuk berehat lebih lama berbanding pasukan lain.

Berdasarkan rekod, Manchester United melengkapkan tiga perlawanan dalam tempoh lapan hari berbanding Chelsea yang bermain sebanyak tiga kali bagi tempoh 10 hari.

Malah Mourinho percaya perlawanan terakhir Chelsea dalam jadual Boxing Day akan lebih menarik kerana skuad bimbingan Antonio Conte lebih bertenaga kerana memiliki waktu rehat yang lebih lama..

"Menjelang perlawanan Chelsea dan Totthenham Hotspur, saya menjangkakan perlawanan yang menarik kerana kedua-duanya merupakan pasukan yang hebat kerana diberikan keistimewaan yang tidak dimiliki oleh pasukan lain," katanya.

Kenyataan MOurinho itu merujuk kepada tempoh rehat yang diperoleh kedua-dua pasukan lebih panjang berbanding pasukan lain yang terpaksa beraksi dalam tempoh 48 jam.

Terdahulu, Wenger mengkritik jadual perlawanan Liga Perdana Inggeris yang disifatkan sebagai "tidak seimbang" dan beberapa pasukan lain memiliki kelebihan untuk berehat lebih lama termasuk Chelsea.

Skuad The Blues beraksi pada Sabtu lalu dan dijadualkan bertemu Tottenham Hotspur pada awal pagi Khamis.

Jose Mourinho, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain