suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rory McIlroy Tukar Set Golf Hadapi Musim 2017

BINTANG golf nombor dua dunia, Rory McIlroy bakal memulakan musim 2017 menggunakan set peralatan golf baharu dengan harapan dapat meningkatkan tahap permainannya.

Keputusan itu dibuat susulan penaja utamanya, Nike tidak lagi mengeluarkan peralatan golf sejak pertengahan tahun lalu dan McIlroy sejak itu menguji beberapa set jenama lain.

Pemain berusia 27 tahun itu akan memulakan aksi pada Terbuka BMW Afrika Selatan pada 12 Januari depan dan dilaporka menggunakan set Callaway.

Selain itu, McIlroy akan menggunakan bola Titleist selain putter jenis Odyssey dalam kejohanan tersebut.

McIlroy sebelum ini dilihat menggunakan perlatan TaylorMad ketika beraksi pada Kejohanan Golf Dunia-HSBC di China tetapi dia masih belum menandatangani dengan mana-mana penaja untuk peralatan golfnya.

Ujarnya, dia berasa gembira untuk bebas menguji beberapa jenis peralatan sebelum memilih set yang mahu digunakannya pada musim ini.

Rory McIlroy

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain