suria

Hubungan Cinta Gelanggang Liu Ying Berakhir

Goh Liu Ying.

PETALING JAYA: Pemain badminton negara, Goh Liu Ying kini kembali bujang!

"Memang benar hubungan saya bersama Jian Guo sudah berakhir tetapi saya tidak mahu bercakap mengenainya," kata Liu Ying yang berusia 27 tahun.

Beliau sebelum ini menjalinkan hubungan cinta bersama bekas pemain badminton antarabangsa, Ong Jian Guo selama lapan tahun.

"Saya mahu menumpukan perhatian terhadap badminton buat masa ini," katanya.

Kwong Wah Yit Poh melaporkan Jian Guo, 27, turut mengesahkan bahawa beliau dan Liu Ying telah berpisah secara baik pada tahun lalu tetapi enggan mengulas mengenai punca keretakan hubungan mereka.

Jian Guo mengucapkan semoga maju jaya kepada bekas kekasihnya.

Nama Liu Ying melonjak selepas bersama teman seperjuangannya, Chan Peng Soon memenangi pingat perak dalam regu campuran badminton di Olimpik Rio, tahun lalu.

Wajahnya yang jelita menjadikan beliau digelar sebagai 'dewi badminton' di negara-negara Cina.

Liu Ying dan Jian Guo mula menjalinkan hubungan cinta ketika masing-masing berusia 19 tahun.


Goh Liu Ying, Ong Jian Guo

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain