suria

Man United Raih Enam Kemenangan Berturut-Turut

Aksi Ibrahimovic sewaktu menjaringkan gol dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Manchester United dan West Ham di Stadium London di London, awal pagi Selasa. Foto Reuters

MANCHESTER United terus mewarnai tirai 2017 dengan kemenangan selepas menundukkan West Ham 2-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris, awal pagi Selasa.

Bertempat di Stadium London, ia merupakan catatan enam kemenangan berturut-turut dalam liga.

Dua gol kemenangan Manchester United itu menerusi aksi Juan Mata dan Zlatan Ibrahimovic, masing-masing pada minit ke-68 dan 78'.

Lima kemenangan terdahulu dalam perlawanan antara Tottenham Hotspur, Crystal Palace, West Bromwich Albion, Sunderland dan Middlesbrough.

Manchester United kini menduduki tangga keenam dalam Liga Perdana Inggeris dengan 39 mata.

Menerusi jumlah mata yang sama, kelab itu hanya setangga di bawah Tottenham Hotspur yang berada pada kedudukan kelima.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Liga Divisyen Satu

Artikel Lain