suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerajaan Negeri, Kafa Cari Jalan Pastikan Kelantan Sertai Liga-M 2017

Datuk Abdul Fattah Mahmood
KOTA BHARU: Kerajaan negeri akan membantu Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) yang berdepan masalah kewangan kritikal, untuk memastikan skuad The Red Warriors terus bersaing dalam Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata pihaknya sudah mendengar dan mendapat maklumat daripada Kafa berhubung masalah kewangan yang dihadapi mereka.

"Kita akan memperincikan bentuk bantuan yang akan disalurkan nanti," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Kafa di Kompleks Kota Darulnaim di sini, Isnin.

Beliau berkata persefahaman yang dicapai antara kerajaan negeri dan Kafa  hari ini akan memudahkan usaha pasukan The Red Warriors terus kekal beraksi dalam saingan Liga-M.

Sementara itu, Pemangku Presiden Kafa, Datuk Seri Afandi Hamzah berkata dalam perbincangan tersebut kerajaan negeri menyatakan kesediaan menghulurkan bantuan.

"Hasil perbincangan itu, kerajaan negeri turut mahu memastikan penyertaan Kelantan dalam Liga-M dan kita semua mendoakan agar ianya menghasilkan sesuatu yang positif," katanya.

Beliau turut berharap pihak yang berminat menaja pasukan Kelantan untuk segera berunding dan memeterai perjanjian dengan Kafa.

Kafa akan memutuskan sama ada kekal atau menarik diri daripada menyertai Liga-M pada Jumaat ini iaitu hari terakhir pendaftaran pemain dalam liga tersebut.

Persatuan itu dilaporkan mahu menarik diri daripada Liga-M 2017 memandangkan Kafa hanya mempunyai RM800,000 hasil sumbangan penaja kecil sedangkan mereka memerlukan kira-kira RM15 juta untuk kos keseluruhan pasukan itu.

Kafa, Liga-M 2017, masalah kewangan

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Artikel Berikut

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Artikel Lain