suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Masa Depan Jack Wilshere Bersama Arsenal Samar

MASA depan pemain tengah Arsenal, Jack Wilshere bersama kelab itu samar apabila dia belum ditawarkan kontrak baharu.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger sebelum ini mengakui akan menawarkan kontrak baharu kepada pemain yang dipinjamkan ke Bournemouth itu namun belum ada tindakan dilakukan.

Bagaimanapun Sportsmail mendakwa, tiada sebarang perbincangan dilakukan antara Arsenal dengan pemain yang mempunyai baki kontrak selama 18 bulan itu.

Pemain England itu percaya kegagalan Arsenal mencapai kata sepakat mengenai kontrak dua lagi pemain merupakan penyebab dia belum dihubungi.

Arsenal setakat ini gagal mencapai kata sepakat dengan Alexis Sanchez dan Mesut Ozil mengenai kontrak baharu mereka walaupun masa semakin memendekkan tempoh khidmat dua pemain penting berkenaan.

Namun kontrak baharu bagi Olivier Giroud dan Francis Coquelin bakal dilengkapkan tidak lama lagi selepas perbincangan telah selesai dibuat.

Kegagalan Arsenal mengikat kontrak baharu dengan Jack Wilshere sehingga kini telah membuka peluang Manchester City, Roma dan AC Milan untuk mendapatkan khidmatnya.

Arsenal, England, AC Milan

Artikel Lain