suria

Prestasi John Stones Semakin Baik - Guardiola

PEP GUARDIOLA mengakui prestasi John Stones semakin baik, namun mahu pemain muda berkenaan belajar daripada detik tidak baiknya ketika berada di Manchester City.

Stones yang merupakan pertahanan England telah digugurkan daripada kesebelasan utama sejak dua perlawanan lalu selepas aksi buruknya ketika menentang Leicester.

Dalam perlawanan itu, City tewas 4-2 kepada juara Liga Perdana Inggeris musim lalu itu dan Stones didakwa menjadi punca kelemahan di bahagian pertahanan.

Pengkritik mendakwa ia bukan kesilapan pertama yang dilakukan Stones sejak menyertai City dengan nilai £47.5 juta dari Everton, tetapi pemain muda berkenaan sering mengulanginya.

Bagaimanapun, Guardiola masih yakin dengan kemampuan Stones dan merasakan pemain itu perlu berehat selepas beraksi dalam 21 perlawanan.

Tindakan Guardiola menggunakan gandingan Nicolas Otamendi dan Aleksandar Kolarov untuk menggantikan Stones, City berjaya menang dalam dua perlawanan dan bakal bertemu Hull City hari ini.

"Dia masih muda dan perlu meningkatkan prestasi, tapi dia terbuka dan mempunyai personaliti terbaik," jelas Guardiola mengenai Stones.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain