suria

Jendela Perpindahan Pemain: Rodriguez, Lindelof Sedia Sarung Jersi Baharu

Rodriguez bakal meninggalkan Real Madrid pada jendela perpindahan pemain Januari ini.

JENDELA perpindahan pemain Liga Perdana Inggeris mula dibuka pada 1 hingga 31 Januari depan.

Semua kelab Liga Perdana dijangka mengintai pemain-pemain pilihan, malah ada juga kelab yang sudah membeli pemain dan hanya menunggu jendela dibuka untuk mengesahkan bintang baharu mereka.

Menurut Sportsmail  beberapa nama pemain yang bakal berada di pasaran perpindahan pemain Januari ini termasuk;

Asmir Begovic (Chelsea) 
Dijangka menjadi perhatian West Ham, Stoke atau Everton yang mencari pemain di posisi penjaga gol.

Asmir Begovic
  

Carl Jenkinson (Arsenal)
Diketepikan dalam barisan utama oleh pengurus Arsene Wenger dan pemain berusia 24 tahun ini sedia meninggalkan Arsenal secara pinjaman.
Kelab West Ham dan Aston Villa antara yang berminat mendapatkan pemain pertahanan ini.

Carl Jenkinson


Jose Fonte (Southampton)
Southampton tidak menawarkan kontrak sambungan kepada Fonte dan ingin menjualnya sekitar harga 8 juta pound. Faktor umur yang berusia 33 mungkin menjadi halangan buat beberapa kelab lain, namun dia tetap menjadi perhatian dalam Liga Perdana Inggeris.

Jose Fonte


Lamine Kone (Sunderland)
Situasi kewangan Sunderland menyebabkan mereka perlu menjual pemain berkualiti dan Kone dianggap mempunyai nilai bayaran yang memuaskan.

Victor Lindelof (Benfica)

Dijangka perlawanan bertemu Rio Ave adalah aksi terakhir Lindelof bersama Benfica. Dia bakal berpindah ke Manchester United dengan nilai perpindahan sebanyak 38 juta pound bersama kontrak lima tahun.

Victor Lindelof


Morgan Schneiderlin (Manchester United)
Pemain antarabangsa Perancis ini diketepikan dalam skuad utama di Old Trafford. Schneiderlin dan rakan sepasukannya Memphis Depay merancang untuk pindah ke Everton. 

Morgan Schneiderlin (kanan)


James McCarthy (Everton)
Everton telah menawarkan kontrak baharu kepada Gareth Barry dan merancang untuk mendapatkan Schneiderlin (Man United) dan Thomas Delaney dari Werder Bremen sekaligus menyebabkan McCarthy diketepikan. Crystal Palace, Newcastle dan Sunderland berminat mungkin berminat dengannya.

John Obi Mikel (Chelsea)
Pemain berusia 29 tahun ini ditawarkan ke Manchester United serta beberapa kelab di China. Namun dia dikatakan ingin mengubah angin ke Marseille jika berlaku perpindahan. Kontrak Mikel bakal tamat penghujung musim ini dan boleh berpindah dengan jumlah yang kecil Januari depan.

Fabian Delph (Man City)
Pep Guardiola ingin melihat Delph boleh menyumbangkan khidmatnya selepas kembali cergas dan prestasinya akan dinilai ketika sesi latihan. Newcastle dan West Bromwich berminat dengan pemain antarabangsa England berusia 27 tahun ini.

James Rodriguez (Real Madrid)
Bintang Colombia ini kecewa dengan kekurangan aksi di Real Madrid dan kelab itu bersetuju untuk melepasnya. Rodriguez semakin menghampiri Chelsea namun turut diintai kelab dari Itali.

James Rodriguez


Leonardo Ulloa (Leicester City)

Pemain antarabangsa Argentina ini merancang meninggalkan kelab dan mahu bermain lebih kerap. Sunderland dan Swansea sedia mengikat pemain ini, namun malang sekali kerana Leicester enggan menjualnya.

Scott Hogan (Brentford)

Pemain berusia 24 tahun ini kembali bersaing selepas pulih daripada kecederaan dengan meledak 13 gol musim ini. Brentford meletakkan harga lebih 10 juta pound untuk pemain ini. Antara yang berminat mendapatkan Hogan ialah West Brom, West Ham, Crystal Palace dan Norwich.

Jendela Perpindahan EPL

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain