Malaysia Turun 5 Anak Tangga Ranking Fifa - Sukan | mStar

Malaysia Turun 5 Anak Tangga Ranking Fifa

KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaysia menutup musim 2016 dengan catatan hambar selepas kembali turun dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).

Berdasarkan ranking terbaharu dikeluarkan menerusi laman sesawang Fifa, www.fifa.com pada Khamis, skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu berada pada posisi ke-161 dunia pada Disember berbanding 156 pada November.

Untuk rekod, Malaysia berada pada kedudukan 171 pada Januari dan Feb, 166 (Mac), 174 (April dan Mei), 173 (Jun), 167 (Julai dan Ogos), 158 (September) dan posisi ke-164 dunia pada Oktober.

Di peringkat Asia, skuad Harimau Malaysia jatuh satu anak tangga ke posisi ke-31 dalam kalangan 46 negara.

Skuad kebangsaan berada pada kedudukan kelima dalam kalangan negara ASEAN dengan Filipina berada di tangga pertama selepas menduduki posisi ke-120, Thailand (126), Vietnam (134) dan Myanmar (159).

Ranking terbaharu itu meletakkan skuad negara setanding dengan beberapa negara membangun yang lain seperti Kepulauan Aruba (160), Macedonia (162) dan Kosovo (165).

Dua pasukan dari benua Amerika Latin, Argentina dan Brazil mengekalkan kedudukan selaku dua pasukan terbaik dunia selepas masing-masing mengumpul 1,634 dan 1,544 mata, manakala juara Piala Dunia 2014, Jerman kekal di tangga ketiga dengan kutipan 1,433 mata.

Ranking bulanan Fifa melibatkan 209 negara.

Fifa , Harimau Malaysia

Artikel Sebelum

Crystal Palace Pecat Alan Pardew

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

Artikel Lain