suria

MSN Harap Perhimpunan Atlet Kita Juara Beri Impak Besar

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail

KUALA LUMPUR: Program Perhimpunan Atlet Kita Juara fasa kedua yang berakhir pada Khamis diharap mampu memberi impak besar kepada kontinjen negara dalam persediaan temasya Sukan Sea  2017.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata, kem tiga hari ini dianjurkan sebagai persediaan mewujudkan persekitaran pertandingan berbentuk temasya.

Jelasnya, matlamat untuk 2017 cukup jelas, iaitu mahu muncul juara keseluruhan.

"Dalam laluan untuk menjadi juara bukan mudah. Ia menuntut pengorbanan dan memerlukan fokus tidak berbelah bagi. Saya percaya antara sesi penting sepanjang kem ini adalah 'media handling' dari segi menangani soalan dari pihak media.

"Juga saya mahu ingatkan kembali lima perkara penting yang perlu diberi perhatian iaitu, doping, semangat kekitaan, keseragaman, komunikasi terbuka dan 'winning mentality'  seperti yang ditekankan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sebelum ini," jelasnya dalam ucapan penutup prigram perhimpunan atlet Kita Juara pada Khamis.

Kem tiga hari itu menghimpunkan seramai 517 atlet, 84 jurulatih dan 49 pengurus pasukan bertujuan memastikan mereka fokus terhadap misi memburu kejuaraan keseluruhan pada Sukan SEA edisi ke-29 tahun hadapan

MSN, Sukan SEA, Kita Juara

Artikel Berikut

Kim Seong Hyun Bukan Pilihan Kedah?

Artikel Lain