suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suarez Sumbat Dua Gol, Messi Suntik Kemenangan Barca

Luis Suarez.

LUIS Suarez dan Lionel Messi menyuntik kemenangan Barcelona ke atas Espanyol untuk merapatkan jurang mata dengan pendahulu La Liga, Real Madrid.

Suarez menjaringkan dua gol manakala Messi melakukan sentuhan magik pada minit ke-89, membolehkan Barca menang dengan 4-1.

Dua gol Suarez dijaringkan pada minit ke-18 dan 67.

Messi yang mencorak rentak permainan Barca mencipta peluang gol yang disempurnakan Jordi Alba sekali gus meletakkan kedudukan 3-0.

Espanyol bagaimanapun cuba bangkit menerusi jaringan David Lopez pada minit ke-79.

Namun Messi yang masih belum menjaringkan gol, pantas memanfaatkan hantaran Suarez untuk melengkapkan jaringan keempat pasukan ketika perlawanan berbaki seminit.

Barca yang menduduki tempat kedua ketinggalan tiga mata di belakang Real Madrid.



Barcelona, La Liga

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

City Bangkit Tundukkan Arsenal

Artikel Lain