suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

City Bangkit Tundukkan Arsenal

ARSENAL mendahului Manchester City dengan 1-0 seawal minit kelima sebelum tewas di tangan pasukan tuan rumah yang bangkit menjaringkan dua gol pada babak kedua di Stadium Etihad, awal pagi Isnin.

Anak buah Arsene Wenger kelihatan selesa di depan menerusi jaringan Theo Walcott yang merembat masuk hantaran Alexis Sanchez.

Namun City menguasai sepenuhnya bola pada babak pertama tetapi mereka gagal memecah kebuntuan susulan ketiadaan Fernandinho dan Sergio Aguero.

Bermula babak kedua, corak permainan City sedikit berubah apabila Bacary Sagna menggantikan Pablo Zabaleta dan Kevin De Bruyne bergerak ke kawasan tengah.

Dalam masa seminit perlawanan bermula, Lerou Sane merembat masuk hantaran kemas David Silva untuk menyamakan kedudukan.

Arsenal seolah-olah gagal menyekat serangan bertali arus City selepas De Bruyne menghantar bola kepada Raheem Sterling untuk dirembat masuk ke dalam gawang pasukan lawan.

Kemenangan itu meletakkan City di tempat kedua,ketinggalan tujuh mata di belakang pendahulu liga, Chelsea.

Arsenal pula di tangga keempat berkongsi 34 mata dengan Liverpool yang berada di tempat ketiga.

Arsenal, Manchester City

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain