suria

Murray Dipilih Personaliti Sukan BBC 2016

Andy Murray.

ANDY Murray meraih kemenangan ketiga Anugerah Personaliti Sukan BBC selepas menamatkan kempen musim ini dengan cemerlang sebagai pemain tenis No.1 dunia.

Pemain Britain itu merupakan calon pilihan untuk memenangi anugerah tersebut selepas memenangi kejuaraan Wimbledon dan mempertahankan pingat emas pada temasya Sukan Olimpik Rio sekali gus merampas kedudukan terbaik dunia daripada Novak Djokovic.

Malah pencapaian Murray menjuarai Jelajah Dunia ATP buat pertama kalinya pada tahun ini turut diambil kira.

"Ia menjadi tahun yang hebat buat arena sukan Britain dan saya amat gembira untuk menjadi sebahagian daripadanya," kata Murray.

Majlis penyampaian anugerah itu diadakan di Genting Arena Birmingham dengan dihadiri ahli sukan terkemuka dunia termasuk perenang Amerika Syarikat (AS) Michael Phelps.

Phelps turut menerima pengiktirafan seumur hidup daripada BBC di atas pencapaian terbaiknya selepas memenangi pingat emas Olimpik ke-23 di Rio, Ogos lalu.

Jaguh renang berusia 31 tahun itu meraih lima pingat emas dan satu perak pada temasya tersebut.


Artikel Sebelum

Gabit Juara Supermoto Asia 2016

Artikel Berikut

Artikel Lain