suria

Kim Swee Mula Buat Percaturan Hadapi Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Asia 2019

Ong Kim Swee.

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Harimau Malaysia Datuk Ong Kim Swee sudah mula membuat percaturan bagi menghadapi pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2019 yang dijadual bermula pada 28 Mac tahun hadapan.

Beliau mengesahkan bahawa satu perlawanan persahabatan antarabangsa bakal diadakan pada 21 atau 22 Mac sebelum perlawanan pembuka tirai kelayakan Piala Asia itu.

"Kemungkinan besar kita akan mengadakan sekurang-kurangnya empat perlawanan persahabatan sebagai persiapan sepanjang kelayakan Piala Asia berlangsung.

"Kita juga mempunyai dua atau tiga pasukan yang berkeinginan bermain dengan kita terutama Bahrain, Fiji dan China," katanya yang ditemui pemberita selepas menyaksikan perlawanan akhir Piala SuperMokh, Ahad.

Bagaimanapun, Kim Swee berkata semua perlawanan itu bergantung kepada hasil undian kelayakan nanti.

Sementara itu, ketika ditanya sekiranya muka-muka baharu akan berpeluang diserap ke skuad kebangsaan, Kim Swee berpendapat perkara itu bergantung kepada rancangan serta taktikal yang akan diterapkannya.

"Saya harus bersemuka dengan pihak pengurusan di mana perancangan perlu  kita utamakan.

"Sama ada pemain baharu ataupun pemain sedia ada, kita harus merangka sesuatu sebelum kita bermain pada perlawanan pertama nanti," kata jurulatih kelahiran Melaka itu.

Malaysia mengesahkan slot ke saingan pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2019 selepas menewaskan Timor Leste dengan agregat 6-0, pada Jun lepas. - BERNAMA

Piala Asia 2019, Ong Kim Swee

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Gabit Juara Supermoto Asia 2016

Artikel Lain