Persiapan Kelantan Tidak Terjejas - Sukan | mStar

Persiapan Kelantan Tidak Terjejas

Zahasmi Ismail.

KOTA BARU: Persiapan untuk membentuk pasukan Kelantan yang baharu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan tidak terjejas walaupun Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) berdepan pelbagai masalah terutama penajaan.

Ketua Jurulatih negeri, Zahasmi Ismail berkata pihaknya kini sedang memberi tumpuan mewujudkan sebuah pasukan yang mantap tanpa mahu memikirkan masalah yang dihadapi Kafa, badan induk yang mengendalikan pasukan Kelantan.

"Masalah pengurusan biar mereka (Kafa) selesaikan, kita hanya menyelesaikan masalah di padang dengan perkara-perkara yang patut kita lakukan," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Zahasmi berkata kini beliau bersama barisan kejurulatihan dalam proses meneliti pemain tempatan dan pemain import bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pemain pasukan Kelantan musim lepas.

Beliau berkata pemain yang terpilih mewakili pasukan Kelantan untuk saingan musim depan dikehendaki sentiasa meningkatkan prestasi masing-masing.

Laporan berita sebelum ini menyatakan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) masih belum menerima sebarang tajaan rasmi bagi persiapan menghadapi saingan Liga Malaysia 2017.

Sementara itu jawatan Presiden KAFA dipangku Datuk Seri Afandi Hamzah selepas Tan Sri Annuar Musa melepaskan jawatannya sebagai Presiden KAFA pada 9 November lalu selepas menyandangnya sejak 2008.  - BERNAMA

Kafa , Kelantan , Zahasmi Ismail

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

Artikel Lain