suria

Mourinho Pertahan Fellaini Walaupun Dikutuk Penyokong Sendiri

JOSE Mourinho tetap mempertahankan Marouane Fellaini selepas pemain tengah itu dikutuk penyokong Manchester United ketika kelab itu menang ke atas Tottenham Hotspur 1-0 pada Ahad.

Pemain tengah itu dikritik hebat apabila menjadi penyebab kepada keputusan seri 1-1 semasa United menentang Everton minggu lalu.

Dalam perlawanan itu, United mendahului 1-0 sehingga Fellaini dimasukkan di akhir permainan sebelum dia menjatuhkan pemain lawan dan dihadiahkan sepakan penalti.

Bagaimanapun, Mourinho masih mempertahankan pemain Belgium berkenaan dengan memasukkannya ketika permainan menentang Tottenham berbaki seminit.

Jurulatih kelahiran Portugal itu turut mengakui penyokong boleh bertindak mengikut kehendak sendiri dan dia tidak boleh menafikan kedudukan Fellaini dalam perlawanan seterusnya.

"Saya juga ingin mendedikasi kemenangan ini kepada Fellaini kerana dia layak untuk menerimanya.

"Dalam perlawanan lalu dia menjadi penyebab kita kehilangan dua mata, tetapi dia masih pemain penting bagi saya," katanya.



Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain