suria

Man United Akhirnya Menang Di Kandang Sendiri

Henrikh Mkhitaryan -fotoREUTERS
SETELAH empat kali mencatat keputusan seri di kandang sendiri, Manchester United akhirnya menang menentang Tottenham  Hotspur, dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, awal pagi Isnin.

Gol tunggal United diperolehi melalui jaringan Henrikh Mkhitaryan pada minit ke-29.

Di sebalik keputusan ini, ia juga mencatat sejarah buat Mkhitaryan yang menjadi pemain pertama dari Armenia yang meledakkan gol dalam Liga Perdana Inggeris.

Dalam perlawanan ini, pasukan tuan rumah ketinggalan dari segi penguasaan bola berbanding Spurs.

Namun, peluang terbuka pada minit ke-29 berjaya dimanfaatkan Mkhitaryan untuk menjarakkan kedudukan dengan lawan.

Ander Herrera menjadi pencipta gol kemenangan ini apabila pemain dari Sepanyol itu memberikan bola kepada Mkhitaryan yang sedang menunggu.

Mkhitaryan kemudian melepaskan tendangan kuat yang tidak mampu dihalang penjaga gawang, Hugo Lloris.

Gol ini meneruskan rekod impresif Mkhitaryan yang berjaya menjaringkan satu gol ketika United menang 2-0 atas Zorya Luhansk pada Khamis. 

Gol terbaharu ini merupakan gol yang pertama Mkhitaryan di Liga Perdana Inggeris setelah diterbangkan dari Borussia Dortmund pada awal musim.


Dengan keputusan ini United berada di kedudukan ke-6 dengan 24 mata, sementara Spurs di tempat ke-5 dengan 27 mata.

Dalam perlawanan lain, Southampton menang tipis 1-0 ke atas Middlesbrough.

Gol tunggal The Saints disumbat masuk oleh Sofiane Boufal pada minit ke-53.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Ligue 1

Artikel Lain