suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Arsene Wenger Yakin Arsenal Juara EPL Musim Ini

ARSENE Wenger percaya mimpinya sejak 12 tahun lalu untuk kembali bergelar juara Liga Perdana Inggeris akan berakhir musim ini.

Jurulatih kelahiran Perancis itu yakin Arsenal mampu menjadi juara liga selepas skuadnya menang bergaya ke atas 3-1 ke atas Stoke.

Wenger berkata, kebangkitan yang ditunjukkan pemain Arsenal selepas ketinggalan menerusi gol penalti Charlie Adam adalah petunjuk yang jelas.

Menerusi kemenangan itu, Wenger juga dikatakan telah mampu membina mentaliti tidak mudah menyerah kalah di kalangan pemain.

"Sejak enam perlawanan akhir-akhir ini, kami melalui perlawanan yang menjatuhkan moral pada awalnya tetapi di akhir permainan kami menang.

"Ia tidak berlaku dengan kata-kata 'kamu perlu bangkit dan ayuh kita bangkit'.

"Sebaliknya ia menunjukkan sesuatu yang kuat telah terbina di kalangan pemain dan mereka perlu mengekalkan semangat ini," jelasnya.

Arsenal kini berada di kedudukan kedua carta liga dengan ketinggalan tiga mata di belakang Chelsea.



Artikel Sebelum

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia