suria

Terbuka Denmark: Wei Feng Mara Ke Pusingan Kelayakan Kedua

KUALA LUMPUR: Pemain profesional perseorangan lelaki negara, Chong Wei Feng mara ke pusingan kedua kelayakan Siri Super Premier Terbuka Denmark selepas menewaskan pemain tuan rumah, Christian Lind Thomsen,Selasa.

Wei Feng mengambil masa hampir sejam dalam perlawanan straight set sebelum memperoleh kejayaan 22-20 dan 21-18 pada kejohanan yang berlangsung di Odense Sports Park, Odense, Denmark.

Pemain perseorangan yang kini berada dikedudukan ke-50 dunia itu dijadualkan bertemu pemain yang lebih rendah ranking iaitu ke-90, Marius Myhre dari Norway.

Myhre menundukkan pemain Perancis, Thomas Rouxel 11-21, 21-18 dan 21-19 untuk bertemu Wei Feng.

Satu lagi perlawanan yang berlangsung hari ini ialah pusingan pertama undian utama beregu campuran iaitu Chan Peng Soon/Goh Liu Ying menentang Mathias Christiansen/Sara Thygesen dari Denmark dan satu lagi perlawanan antara Tan Kian Meng/Lai Pei Jing bertemu pasangan dari peringkat kelayakan dijadualkan pada Rabu.

Manakala menunggu di undian utama pada Rabu ialah acara perseorangan lelaki melibatkan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei bertemu Wei Nan dari Hong Kong, Zulfadli Zulkiffli bertemu pemain Perancis, Brice Leverdez dan Iskandar Zulkarnain Zainuddin bertemu Rajiv Ouseph dari England.

Bagi acara beregu lelaki pula, pasangan profesional negara Koo Kien Keat/TanBoon Heong akan beraksi menentang pasangan Indonesia, Marcus Fernaldi Gideon/Kevin Sanjaya Sukamuljo manakala Goh V Shem/Tan Wee Kiong bertemu Liu Cheng/Zhang Nan.

Pasangan wanita, Vivian Hoo Kah Mun/Woon Khe Wei bertemu Kim Hye Rin/Yoo Hae Won dari Korea Selatan pada hari yang sama. -Bernama

Chong Wei Feng, Terbuka Denmark

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain