suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kos Sukan SEA, Para ASEAN Dianggarkan Lebih RM500 Juta

KUALA LUMPUR: Kos penganjuran dan persediaan atlet negara bagi temasya Sukan SEA Kuala Lumpur dan Sukan Para ASEAN pada tahun depan dianggarkan lebih RM500 juta, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Katanya, jumlah itu tidak termasuk RM30 juta untuk mengendalikan Program Podium serta peruntukan lain untuk Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), Program Kita Juara, Hari Sukan Negara dan FIT Malaysia.

Justeru, beliau berharap Kementerian Belia dan Sukan akan menerima peruntukan mencukupi dalam pembentangan Bajet 2017 oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak, Jumaat ini.

"Saya menemui Najib minggu lepas untuk membentangkan perbelanjaan kementerian untuk sukan dan beliau nampak positif," katanya kepada pemberita selepas melepaskan peserta perlumbaan berbasikal Jelajah Malaysia yang bermula dari Dataran Merdeka pada Selasa.

Mengulas mengenai Jelajah Malaysia, katanya, perlumbaan tertua perlumbaan berbasikal itu merupakan platform baik untuk pelumba tempatan mengasah bakat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain