suria

Jurulatih Tempatan Tetap Terbaik - Ziyad

Ziyad bersama jurulatih selama enam tahun, Mohamad Faizol Harun. Pic MSN

KUALA LUMPUR: Pemegang pingat emas Sukan Paralimpik bagi acara lontar peluru F20, Ziyad Zolkefli tidak perlukan jurulatih antarabangsa untuk bergelar juara dunia.

"Bagi saya jurulatih tempatan adalah yang terbaik.

"Apa yang kita perlukan sebenarnya adalah teknik dan kepelbagaian program untuk meningkatkan prestasi dalam bidang ini," kata Ziyad.

Malahan, Ziyad mengakui beliau kagum dengan keazaman jurulatih tempatan yang setanding dengan jurulatih antarabangsa.

"Mereka sudah bersama saya selama enam tahun dan boleh menjadikan saya sebagai juara dunia," jelasnya di majlis penyerahan sumbangan Naza Corporation Holdings kepada pemenang pingat Paralimpik di Rio bulan lalu.

Sementara itu, bagi Abdul Latif Romly, ganjaran yang berterusan daripada pelbagai pihak ini bukanlah penyebab utama bagi atlet ini meneruskan perjuangan.

"Kejayaan yang dicapai bukanlah semata-mata untuk ganjaran,  tetapi untuk negara, " katanya pemenang pingat emas acara lompat jauh itu.

Pada majlis itu, pemegang pingat emas mendapat sebuah unit suite kediaman di Trion 888, Equine Park dan Kia Sportage keluaran terbaharu, manakala pemenang pingat gangsa acara lompat jauh wanita, Siti Noor Radiah Ismail pula menerima  Kia Tio Sedan.


Ziyad Zolkefli, Paralimpik, Naza

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain