suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selangor Bawa Kelebihan Satu Gol Aksi Timbal Balik Piala Malaysia

SHAH ALAM: Juara bertahan, Selangor sekadar meraih kelebihan satu gol selepas menang tipis 2-1 menentang T-Team pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, pada Sabtu malam.

Pemain import dari Nigeria, Ugo Ukah muncul wira skuad Gergasi Merah apabila menanduk masuk gol kemenangan hasil hantaran Andik Vermansah pada minit ke-80.

Terdahulu, kedua-dua pasukan terikat 1-1 dengan T-Team terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Patrick Dos Santos pada minit ke-22.

Pengadil perlawanan, Syed Azhar Syed Kamar memberikan sepakan penalti kepada T-Team selepas Muhd Safawi Rasid dikasari pertahanan Selangor, Mohd Bunyamin Umar di dalam kotak penalti.

Tersentak dengan jaringan berkenaan, Selangor kemudian melancarkan serangan bertali arus dan berjaya meraih gol penyamaan pada masa kecederaan babak pertama perlawanan menerusi pemain terbaik perlawanan, Ahmad Hazwan Bakri yang melepaskan rembatan kencang daripada luar kotak penalti.

Kedua-dua pasukan akan bertemu pada aksi separuh akhir kedua, 15 Oktober ini di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Untuk rekod, naib juara musim lepas Kedah turut menang tipis 2-1 ke atas pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada satu lagi aksi separuh akhir pertama di Stadium Darul Aman, Alor Setar, semalam.

Piala Malaysia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain