suria

Swansea Tagih Khidmat Giggs

Ryan Giggs.

SWANSEA dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat bekas pembantu pengurus Manchester United, Ryan Giggs untuk menggantikan pengurus sedia, Francesco Guidolin.

Terdahulu Pengerusi Swansea, Huw Jenkins sepatutnya bertemu dengan Giggs menjelang aksi menentang Manchester City pada saingan Piala EPL, awal pagi Khamis yang menyaksikan pasukan itu tewas 1-2.

Namun beliau menangguhkan rundingan tersebut selepas mengadakan perbincangan dengan pemegang saham Steve Kaplan dan Jason Levien.

Kaplan dan Levien yang memuktamadkan pengambilalihan Swansea bernilai 100 juta pound, dikatakan berat hati untuk melakukan sebarang pertukaran pada awal musim.

Namun Giggs merupakan sasaran Jenkins dan tidak dapat dipastikan sama ada bekas pengurus Red Devils berusia 42 tahun itu menerima tawaran tersebut.

Kedudukan Guidolin ibarat telur dihujung tanduk selepas hanya memenangi satu daripada lima perlawanan setakat ini sebelum tempoh rehat untuk perlawanan antarabangsa bulan depan.

Sumber memberitahu Telegraph Sport bahawa masa depan Guidolin mulai samar berikutan prestasi terumbang ambil Swansea pada kempen awal musim ini.

Malah hubungan Guidolin dengan beberapa pemain seperti Neil Taylor dan Ki Sung-yueng yang 'panas' pada musim ini ternyata mengeruhkan lagi statusnya sebagai pengendali di Stadium Liberty.

Difahamkan Guidolin terlepas latihan sebelah pagi semasa jelajah pra musim Swansea di Amerika Syarikat kerana menyaksikan Tour de France di televisyen.

Pemain senior dan kakitangan kejurulatihan turut menyatakan rasa bimbang mengenai pelantikan Guidolin secara tetap sejak akhir musim lalu selepas pemecatan Garry Monk.

Memburukkan lagi keadaan, Swansea juga terlepas beberapa pemain sasaran seperti Nacer Chadli, Hakim Ziyech, Joe Allen dan Leonardo Ulloa pada jendela perpindahan pemain yang dibuka pada musim panas lalu.

Pasukan itu turut mengutip satu empat mata dalam lima perlawanan dengan berkelebihan satu mata daripada zon penyingkiran.

Ryan Giggs, Swansea City

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain