suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Leicester Sedia 'Ajar' Man United

CLAUDIO Ranieri mengakui prestasi Leicester semakin baik ketika ini berbanding ketika tewas kepada Manchester United dalam saingan Perisai Komuniti.

Berikutan itu, Ranieri yakin anak didiknya pasti dapat membelas dendam berikutan kekecewaan ketika merebut Perisai Komuniti.

Dalam perlawanan pada 7 Ogos lalu, Leicester tewas 2-1 kepada United di Stadium Wembley.

Bagaimanapun, sejak perlawanan tersebut, Leicester telah membaiki jentera serangan dengan membawa masuk pemain baharu, Islam Slimani bernilai £28 juta.

Pemian berkenaan berjaya menjaringkan satu gol setakat ini ketika Leicester menentang Burnley.

Ranieri memberitahu, skuadnya tidak gentar akan aksi anak didik Jose Mourinho dan bersedia untuk menghadapi mereka.

"United menewaskan kami dalam Perisai Komuniti dan kami ingin membalas dendam.

"Sekarang kami berada dalam keadaan baik dan saya akan memastikan pemain memberikan yang terbaik.

"Kami akan berusaha untuk menang, ini falsafah kami. Kami tidak gentar," jelasnya pada sidang media.

Leicester, Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain