suria

Piala AFC 2016: JDT Tempah Tiket Separuh Akhir

-foto FB Johor Southern Tigers
PETALING JAYA: Juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT) berjaya menempah tiket ke separuh akhir Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selepas menewaskan wakil Hong Kong, South China, malam Selasa.

Dalam perlawanan suku akhir kedua di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, JDT turun dengan agregat 1-1 tetapi berjaya meraih kemenangan dengan gol 2-1.


JDT mara ke separuh akhir dengan agregat 3-2.

Gol JDT diperolehi melalui Martin Lucero pada minit ke-58 dan gol kedua disumbat masuk oleh Pereyra Diaz, tiga minit sebelum tamat perlawanan 90 minit.

Bagaimanapun, South China mendapat gol sagu hati menerusi pemainnya Nikola Komazec pada minit ke-95.

Untuk rekod, kedua-dua pasukan pernah bertemu pada aksi suku akhir musim lepas yang menyaksikan JDT mencatat kemenangan agregat 4-2.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Suku Akhir Piala AFC 2016

Artikel Lain